Tuesday, 9 December 2014

Teknik Tanda-Tangkap Semula (Mark-Recapture Technique)

                                                                http://www.dnr.sc.gov/marine/tagfish/assets/photos/TaggingRed.jpg

Teknik Tanda-Tangkap semula merupakan teknik yang biasa digunakan oleh saintis dalam menganggar saiz populasi sesuatu organisma. Teknik ini banyak digunakan dalam mengganggar saiz populasi ikan di tasik, sungai, mahupun lautan. Selain itu, teknik ini digunakan bagi mengetahui pergerakan ikan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain (migration), selain digunakan oleh pengurus perikanan bagi mengetahui kejayaan hidup (survival) bagi sesuatu individu atau spesies ikan yang dilepaskan dari hatcheri.

Teknik ini diamalkan oleh saintis dengan menanda ikan yang dipilih / ditangkap. Ada yang menanda ikan hanya dengan memotong sirip (fin clip), ‘opercular and fin punches’, dan ada juga yang menggunakan penanda khas atau ‘tag’. Terdapat pelbagai teknik menanda atau tag yang diguna oleh saintis antaranya; Dart tag, T-bar anchor tag, Laminated disc, Internal anchor tag, Visible implant elastomer (VIE), dan Passive integrated transponder (PIT). Kesesuaian teknik menanda ini berbeza-beza bergantung kepada; spesies ikan, saiz ikan, lokasi kajian dijalankan, kos tag, saiz tag, dan tujuan ikan ditanda.


                                                   https://www.dfg.ca.gov/fish/Fishing/Monitoring/FTag/images/T-Bar_Anchor_Tag.jpg
                                        
Contoh tag yang biasa digunakan adalah T-bar anchor tag, iaitu tag plastik berbentuk T seakan tag harga barangan di pasaraya. Tag ini ditanam di bahagian atas badan ikan berdekatan dengan sirip dorsal dengan menggunakan 'tagging gun', manakala bahagian hujung tag dibiarkan terkeluar dari ikan. T-bar anchor tag membolehkan saintis mengenalpasti individu ikan melalui nombor siri yang terdapat pada tag tersebut. Ianya juga murah, pantas dilakukan, dan sesuai diguna pada kebanyakan spesies ikan. Terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh saintis berkaitan kesesuaian dan ketahanan tag pada ikan.

                                                              http://www.floridasportsman.com/files/2013/06/TagBanner1.jpg

Amalan biasa yang digunakan saintis dalam mengendalikan teknik Tanda-Tangkap semula adalah seperti berikut:
1.      Ikan ditangkap dari habitat / ikan dipilih dari hatcheri, kemudian,
2.      Ikan ditanda menggunakan fin clip, penanda khas, atau tag,
3.      Ikan dilepaskan ke dalam tasik, sungai atau laut,
4.      Ikan ditangkap semula

Bilangan ikan yang ditanda-dan-dilepaskan direkod bacaannya. Selepas beberapa tempoh waktu tertentu (cth: seminggu), saintis akan pergi semula ke kawasan ikan dilepaskan tadi, dan melakukan proses tangkapan. Ikan yang berjaya ditangkap direkod bilangannya, begitu juga dengan ikan yang bertanda/bertag bilangan mereka juga direkod. Selain, catatan dibuat bagi lokasi ikan dilepaskan, lokasi ikan ditangkap semula, panjang ikan, dan juga berat ikan.

Salah satu kaedah yang digunakan oleh saintis dalam teknik Tanda-Tangkap Semula ini adalah ‘Single Census- Petersen Estimate’ dimana proses menanda ikan hanya dilakukan sekali, begitu juga dengan proses menangkap ikan yang juga dilakukan hanya sekali. Formula yang boleh diguna dalam menganggar saiz populasi ikan menggunakan kaedah ini (Single Census- Peterson Estimate) adalah seperti berikut:  

N = M x C / R
Dimana:     N = Saiz populasi anggaran
                  M = Marked (jumlah ikan yang ditanda)
                  C = Census (jumlah ikan yang ditangkap)
                  R = Recap (jumlah ikan yang ditangkap dengan tanda/tag)

 Kemudian, dapatkan 95% Confidence Interval (C.I). Boleh gunakan jadual Ricker 1975 Appendix 2 (di bahagian kiri jadual). Gantikan R dalam formula di atas dengan dua nilai iaitu ‘lower limit’ dan ‘upper limit’ yang terdapat dalam jadual tersebut. Dari sini, saintis dapat menganggar saiz populasi ikan di satu-satu perairan. 


2 comments:

hidayu said...

En. izharuddin... hahaha.. awtlah blog membisu terus.. la ni bru ade post.. i follow tau.. hahaha

izharuddinshah@blogspot said...

Terima kasih cik Hidayu, idea banyak tapi masa tak sempat,