Wednesday, 1 June 2016

Fish Stocking Program: Does it always successful? Program Pelepasan Ikan: Adakah selalunyaberjaya?

Fish Stocking Program: Does it always successful? 
Program Pelepasan Ikan: Adakah selalunya berjaya?


Intro

Program pelepasan ikan banyak dilaksanakan di kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Program ini melibatkan proses melepaskan benih/anak ikan ke dalam ‘perairan semulajadi’ seperti di tasik, sungai, ataupun laut.

Tujuan utama program pelepasan benih/anak ikan ini dijalankan, kebiasaannya, adalah untuk menambah-baik bilangan atau densiti populasi ikan di perairan semulajadi. Ini disebabkan populasi ikan di perairan semulajadi dikatakan semakin berkurangan, terutamanya di negara/kawasan yang menggunakan ikan sebagai sumber protein utama.
Dipercayai, apabila bilangan atau densiti ikan bertambah, maka nelayan atau pemancing dapat meningkatkan hasil tangkapan (catch/yield) dan dalam masa sama mengurangkan usaha (effort). Dengan kata lain nelayan dapat meningkatkan kadar tangkapan per unit usaha - increase catch per unit effort (CPUE).

Program pelepasan benih/anak ikan melibatkan proses yang rumit (dari proses mencari baka induk yang baik, proses mengasing telur, penetasan, nursery, pembungkusan, hingga pengangkutan ke tapak pelepasan) dan juga melibatkan kos yang tinggi (makanan ikan, aeration, pengendalian hatcheri, tenaga dan kepakaran, dan ll). 




http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.492319.1456992652!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

http://www.dof.gov.my/dof2/resources/Perikanan%20Tangkapan/Perikanan%20Darat/image002.jpg

Isu / Persoalan

Akan tetapi, seringkali persoalan yang timbul adalah; Adakah benih/anak ikan yang dilepaskan tadi berjaya hidup, survive, atau membesar? Adakah program pelepasan benih/anak ikan ini betul2 berjaya mencapai tujuan atau objektifnya, iaitu menambah bilangan populasi ikan di perairan semulajadi? 

Sebagai contoh, sebanyak 85,000 benih ikan telah dilepaskan di sebuah lombong awam di negeri Perak pada tahun 2014, dengan tujuan meningkatkan hasil tangkapan nelayan di kawasan berkenaan. Begitu juga dengan pelepasan lebih daripada 180,000 benih ikan di sungai2 terpilih di negeri Terengganu pada tahun 2015, dengan tujuan mengekalkan populasi ikan air tawar di negeri tersebut.

Sedangkan, kita tidak tahu samada benih/anak ikan yang dilepaskan itu betul2 survive, hidup, dan terus membesar, ataupun mereka mati - menjadi makanan ikan/pemangsa lain sejurus sahaja mereka dilepaskan, ataupun mereka mati - akibat keadaan perairan/kawasan dilepaskan yang tidak sesuai.

Sukar untuk kita pastikan samada program pelepasan benih/anak ikan benar2 berjaya mencapai objektif/tujuan utamanya. Walaupun, maklumbalas/laporan awal mendapati nelayan atau pemancing berjaya meningkatkan hasil tangkapan di perairan tersebut selepas program pelepasan benih/anak ikan dilaksanakan.

Bagaimana kita dapat mengenalpasti samada ikan yang ditangkap oleh nelayan atau pemancing itu adalah ikan yang kita lepaskan? Bagaimana hendak membezakan samada ikan yang ditangkap adalah ikan yang dilepaskan atau ikan liar yang memang terdapat di perairan tersebut secara semulajadi?

Sesetengah penyelidik/saintis berpendapat, peningkatan hasil tangkapan oleh nelayan atau pemancing, selalunya, bukan disebabkan oleh faktor peningkatan populasi ikan di perairan tersebut akibat dari program pelepasan benih/anak ikan. Akan tetapi peningkatan hasil tangkapan oleh nelayan atau pemancing, adalah disebabkan oleh faktor peningkatan jumlah usaha (effot) oleh nelayan atau pemancing, setelah mengetahui terdapatnya program pelepasan benih/anak ikan dilaksanakan. Dengan kata lain nelayan atau pemancing berpusu-pusu mencuba nasib di kawasan tersebut setelah mengetahui banyak benih/anak ikan dilepaskan di situ.

Justeru, tanda ukur peningkatan hasil tangkapan oleh nelayan atau pemancing tidak boleh dijadikan panduan utama bagi kejayaan sesuatu program pelepasan benih/anak ikan di perairan. Apa yang penting yang perlu dibuat adalah kita sebagai penyelidik / saintis / pegawai di agensi yang bertanggungjawab dalam proses pelepasan benih/anak ikan, melakukan kaedah atau pendekatan terbaik, bagi memastikan kadar kehidupan (survival rate) benih/anak ikan di tahap maksimum, dan mengurangkan kadar kematian (mortality rate) kepada tahap yang minimum. 

Jadi Bagaimana Melaksanakannya?

Banyak kajian telah dilakukan terutamanya di negara maju, berkenaan program pelepasan benih/anak ikan ini. Kajian2 tersebut bertujuan untuk memperkemas dan memperbaiki proses pelepasan benih/anak ikan di masa yang akan datang.

Antaranya, saintis berpendapat langkah terbaik adalah dengan melakukan kajian awal (preliminary studies) ataupun pelepasan pilot (pilot releases) dan meneliti tahap keberkesanan proses pelepasan ikan di satu2 perairan semulajadi. Antara perkara yang dicadangkan oleh saintis adalah seperti berikut:

Habitat pelepasan
Perkara penting yang perlu diteliti dalam memilih kawasan pelepasan benih/anak ikan adalah: Habitat yang sesuai. Habitat yang sesuai sangat penting bagi membantu meningkatkan kadar kehidupan benih/anak ikan yang dilepaskan. Kebiasaanya kawasan yang mempunyai tumbuhan akuatik / tumbuhan riparian (tumbuhan tebing) adalah kawasan paling sesuai, kerana tumbuhan2 ini dikatakan dapat memberi perlindungan kepada anak/benih ikan yang dilepaskan, selain memberikan bekalan makanan dengan keterdapatan mikroorganisma akuatik yang tinggi dikawasan perairan yang mempunyai banyak tumbuhan. Kajian juga boleh dilakukan terhadap jarak kawasan pelepasan dengan pembangunan. Selain, mengambilkira lokasi pelepasan samada di anak2 sungai (level 1 atau 2), di sungai yang lebih besar, atau di muara sungai berhampiran dengan laut. Justeru, kejayaan benih/anak ikan untuk survive dan hidup adalah bergantung kepada habitat atau kawasan pelepasan.

Saiz pelepasan optimum (optimum release size)
Kajian boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti ‘saiz pelepasan optimum’ benih/anak ikan yang akan dilepaskan. Ini bergantung kepada spesies. Dengan kata lain, saiz optimum pelepasan ikan berbeza mengikut spesies. Tetapi, secara general, saiz yang terlalu kecil akan meningkatkan risiko kematian semasa/selepas dilepaskan, manakala saiz terlalu besar akan meningkatkan kos pengendalian kerana berada terlalu lama diperingkat pengendalian hatcheri. Justeru, mengetahui saiz pelepasan optimum benih/anak ikan adalah langkah utama yang perlu diambilkira. Ini boleh dilakukan dengan melakukan pelepasan pilot (pilot releases) dengan melepaskan pelbagai saiz benih/anak ikan, dan menganggar saiz pelepasan mana yang paling berjaya. Sebagai contoh, saiz pelepasan optimum ikan channel catfish di Florida adalah dalam lingkungan 12 inci, selepas mengambilkira faktor kos, tempoh memelihara, dan tahap stabil bagi spesies tersebut. 

Musim yang betul termasuk jadual air pasang surut
Bagi sesetengah spesies ikan, terutamanya bagi spesies yang sensitif, kejayaan benih/anak ikan untuk hidup adalah bergantung kepada musim yang betul semasa mereka dilepaskan. Ini berkait rapat dengan aspek seperti keterdapatan sumber makanan, kadar hujan, dan kesesuaian suhu. Walaupun negara kita sentiasa panas dan menerima hujan sepanjang tahun, mengenalpasti musim yang betul sudah pasti dapat meningkatkan kadar kehidupan benih/anak ikan. Selain itu faktor air pasang dan surut juga adalah antara perkara penting yang perlu diambil kira, terutama di kawasan muara sungai atau di laut, terutamanya bagi spesies yang mempunyai tahap toleransi yang rendah kepada perubahan suhu dan saliniti air. Jadi, kejayaan benih/anak ikan untuk survive bergantung kepada musim yang betul dan waktu yang sesuai semasa air pasang atau surut.   

Jumlah / bilangan ikan dilepaskan, dan tahap ‘kebergantungan kepadatan’ (density dependent)
Saintis mencadangkan waktu terbaik untuk melepaskan benih/anak ikan adalah sebaik sahaja ikan melepasi tempoh yang dipanggil ‘density dependent’. Tempoh ini adalah tempoh dimana pembesaran benih/anak ikan bergantung kepada kepadatan mereka berada di satu kawasan. Dengan kata lain, kadar pembesaran benih/anak ikan menjadi perlahan, jika terdapat banyak/padat ikan disekeliling mereka, manakala pembesaran benih/anak ikan menjadi cepat, jika kurang ikan di sekeliling mereka. Justeru, adalah penting untuk kita mengenalpasti bilakah waktu benih/anak ikan bagi sesuatu spesies itu melepasi tahap density dependent, supaya kita boleh melepaskan mereka dengan harapan mereka boleh terus membesar tanpa mengambil kira faktor density dependent/kepadatan ikan lain di sekeliling mereka. Ini kerana, pelepasan benih/anak ikan selepas dari peringkat density dependent akan meningkatkan kadar kehidupan dan juga survival, benih/anak ikan yang dilepaskan. Di dalam proses ini juga, kita dapat mengenalpasti dan membuat anggaran berapa bilangan benih/anak ikan yang patut dilepaskan di perairan.

Menanda ikan / Fish Tagging

Menanda ikan adalah salah satu teknik yang boleh dilakukan, bagi membezakan samada ikan yang ditangkap oleh nelayan atau pemancing adalah ikan yang kita lepaskan, ataupun ikan liar yang memang terdapat di perairan tersebut. Pelbagai teknik menanda ikan boleh dibuat, bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz dan spesies ikan. Sebagai contoh dart tag / t-bar anchor tag – boleh digunakan untuk ikan yang bersaiz agak besar, dan mempunyai bahagian dorsal yang agak kuat dan stabil, manakala wire tagging – boleh digunakan untuk ikan bersaiz kecil dengan menanam penanda di bahagian operkular ikan, sebelum mereka dilepaskan. Di negara maju seperti di Amerika Syarikat, pelbagai usaha dilakukan bagi mengukuhkan program menanda ikan ini. Antaranya, pihak agensi perikanan memberikan ganjaran kepada nelayan atau pemancing sekiranya mereka menangkap ikan yang mempunyai tanda/tag. Bukan sahaja ianya dapat membezakan ikan yang ditangkap itu adalah ikan yang dilepaskan dari hatcheri, malah, ianya juga dapat membantu saintis / penyelidik menggunakan data hasil tangkapan nelayan atau pemancing, didalam model atau kiraan menganggar populasi ikan di perairan, selain dapat menganggar pola migrasi sesuatu spesies ikan berdasarkan lokasi ikan tersebut ditangkap. 

Friday, 19 December 2014

Kelebihan / Kebaikan Perlaksanaan Lesen Memancing

Artikel ini adalah berkenaan Perlaksanaan Lesen Memancing di satu kawasan 
- pada pendapat saya


Intro
Perikanan rekreasi seringkali dikatakan membawa kesan buruk kepada sumber perikanansekiranya ianya tidak diurus secara berkesan. Di kebanyakan negara maju bilangan pemancing rekreasi melebihi jumlah nelayan komersial, begitu juga dengan jumlah hasil tangkapan mereka.

Di Malaysia, dianggarkan pemancing rekreasi berjumlah sekitar 2 juta orang pada awal-pertengahan 2000an, dan jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun. Akan tetapi, jumlah pemancing ini adalah berdasarkan anggaran saintis, dan bukannya daripada jumlah rasmi. Sekiranya benar, jumlah ini melebihi bilangan nelayan komersial (100 ribu), sekaligus berkemungkinan, hasil tangkapan pemancing rekreasi di Malaysia juga adalah melebihi hasil tangkapan nelayan komersial.



http://www.lakegeorgeguide.com/wp-content/uploads/2010/11/fishing-licenses.jpg



Memancing                 = aktiviti yang dilakukan
Pemancing                   = individu yang melakukan aktiviti memancing
Jabatan                        = agensi / jabatan yang mengurus sumber perikanan
Sumber perikanan       = ikan
Perairan                       = sungai, tasik, laut


Apa Lesen Memancing?
Lesen memancing adalah ‘kebenaran’ yang diperlukan oleh pemancing bagi melakukan aktiviti memancing di satu kawasan. Lesen memancing biasaannya dikeluarkan oleh jabatan/agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus sumber perikanan di kawasan tersebut.

Biasanya pemancing boleh mendapatkan lesen memancing melalui saluran dan prosedur yang ditetapkan (permohonan online / borang biasa, yang di pos atau di hantar ke pejabat).Setelah mendapat lesen memancing, maka pemancing tadi secara rasmi telah mendapat kebenaran untuk pergi memancing. Beliau boleh memancing selagi mematuhi peraturan dan syarat memancing yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Sistem lesen memancing telah lama dilaksanakan di negara maju, terutamanya yang popular dengan industri perikanan rekreasi.

Apa Tujuan?
Antara tujuan sistem lesem memancing dilaksanakan adalah;
1) Bagi mendapatkan data atau maklumat asas pemancing
2) Menjana pendapatan hasil dari penjualan lesen memancing
3) Bagi memelihara sumber perikanan

http://cdn.patch.com/users/112920/2014/08/53e507d6af7a8.jpg

Apakah Kelebihan / Kebaikan melaksanakannya?
Terdapat banyak kelebihan yang diperolehi hasil dari perlaksanaan sistem lesen memancing ini, terutamanya kepada jabatan, pemancing, dan sumber perikanan.

Dengan adanya sistem lesen memancing, maka data/maklumat asas pemancing dapat dikumpul oleh jabatan yang mengurus sumber perikanan. Data/maklumat ini termasuklah; umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan, dan pendapatan seisi rumah, pengalaman memancing. Selain itu, maklumat perhubungan seperti alamat rumah, emel, dan nombor telefon juga boleh diperolehi melalui sistem ini.

Data/maklumat ini berguna bagi menganggar jumlah pemancing yang terdapat di satu kawasan. Bilangan pemancing yang berdaftar membolehkan jabatan mengetahui samada pemancing di kawasan tersebut adalah tinggi atau rendah bilangannya.
Bilangan pemancing berguna bagi menganggar tahap ‘tekanan’ yang dikenakan oleh pemancing keatas sumber perikanan. Sebagai contoh, satu kawasan yang mempunyai ramai pemancing, tetapi sedikit sumber perikanan, maka kita boleh anggarkan bahawa kawasan tersebut mengalami ‘tekanan’ tinggi.

Data/maklumat ini juga dapat membantu jabatan dalam memahami pemancing dengan lebih dekat. Teknik memahami pemancing telah terbukti antara teknik terbaik dalam mengurus sumber perikanan, dan mengurus aktiviti perikanan rekreasi.

Bagi memahami pemancing, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan menjalankan survei pemancing. Ini bagi mendapatkan pandangan / pendapat pemancing tentang sesuatu isu/perkara yang berlaku. Sebagai contoh, survei boleh dijalankan bagi mengetahui tahap kepuasan memancing di satu tasik/sungai. (samada puas hati atau tidak). Penambahbaikan boleh dilakukan sekiranya punca ketidakpuasan hati pemancing dapat dikenalpasti.

Selain itu, survei juga membantu bagi mendapatkan tabiat/cara memancing yang dilakukan oleh pemancing, samada melakukan aktiviti memancing secara betul/mapan. Survei juga membantu dalam mengetahui jumlah hasil tangkapan pemancing bagi menganggar tahap pengambilan ikan. Survey juga dapat menganggar berapa nilai (RM) yang pemancing telah belanjakan, atau yang pemancing sanggup belanjakan untuk pergi memancing.

Perlaksanaan sistem lesen memancing juga bermanfaat dari segi ekonomi. Hasil jualan lesen memancing dapat menambah pendapatan ekonomi jabatan yang mengurus. Pendapatan ekonomi ini berguna dalam mengurus/menambah baik sumber perikanan. Selain dapat digunakan bagi memperbaiki kemudahan/frasarana/infrastruktur berkaitan perikanan rekreasi.

Pendapatan ekonomi boleh digunakan dalam menjana aktiviti hatcheri ikan atau membekalkan benih ikan, bagi dilepaskan ke dalam perairan. Ini bagi meningkatkan populasi ikan di perairan tadi, sekaligus menambah peluang pemancing untuk mendapat ikan. Pengurusan hatcheri dan pembekalan benih ikan sememangnya melibatkan kos operasi yang sangat tinggi.

Pendapatan ekonomi juga berguna dalam menambah baik habitat ikan. Kemusnahan/pengurangan habitat sering menjadi ancaman kepada sumber perikanan, kerana ikan tiada tempat berlindung dan tempat membiak. Usaha perlu dilakukan bagi memelihara dan memulihara habitat ikan. Usaha memelihara dan memulihara ini sering melibatkan kos yang tinggi. Pendapatan ekonomi hasil jualan lesen memancing sedikit sebanyak dapat menampung kos penambahbaikan tersebut.

http://www.coastalrefuges.org/Resources/Pictures/2.%20Officer%20Shilling%20-%20Crab%20Orchard.jpg

Bagaimana Melaksanakannya?
Terdapat banyak cara boleh dilakukan bagi melaksanakan sistem lesen memancing, terutama di kawasan yang tidak pernah melaksanakannya sebelum ini.

1) Lesen memancing boleh dikeluarkan samada dengan bayaran atau tanpa bayaran. Perbezaan antara keduanya adalah dari segi pendapatan ekonomi. Lesen yang dikeluarkan tanpa bayaran mungkin tidak memperolehi sumber ekonomi dari pengeluaran lesen tersebut. Manakala, persamaan keduanya adalah jabatan kini mempunyai data/maklumat pemancing yang berguna dalam mengurus perikanan rekreasi.

Untuk permulaan (mungkin 5 tahun awal) pengeluaran lesen memancing boleh dilakukan secara percuma. Ini supaya a)pemancing rekreasi tidak terkejut dengan perlaksanaan lesen memancing, b)mendapat penyertaan yang tinggi dari para pemancing, c)dilihat sebagai usaha telus dari pihak jabatan yang mengurus (bukan lesen dijual sebab keuntungan), d)mengubah persepsi pemancing bahawa lesen memancing tidak seperti lesen nelayan yang memerlukan bayaran tertentu.

2) Sistem lesen memancing boleh dilaksanakan secara skala kecil terlebih dahulu, sebelum ianya dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar. Skala kecil ini termasuklah melibatkan satu kawasan tertentu yang spesifik (Tasik A / Sungai B / Pantai C). Kawasan spesifik ini mestilah dipilih berdasarkan beberapa perkara seperti beirikut; a)pengelibatan aktiviti memancing di kawasan tersebut adalah tinggi, b)untuk memasuki kawasan tersebut adalah terhad/terkawal, c)pemancing mudah didekati bagi memaklumkan pelaksanaan sistem lesen, d)kawasan dimana pemantauan/penguatkuasaan mudah dilaksanakan.

Selain itu, perlaksanaan skala kecil juga boleh melibatkan tempoh masa atau musim memancing tertentu, dan dilaksanakan di kawasan tertentu.
Perlaksanaan skala kecil ini membolehkan jabatan mengenalpasti kelemahan/kekurangan yang perlu diperbaiki sebelum ianya dilaksanakan dalam sekala besar. Ianya juga penting bagi mengetahui perlaksanaan sistem memancing mendapat sambutan, dan penguatkuasaan dapat dilakukan sepenuhnya, terutama keatas pemancing yang tidak mempunyai lesen memancing.

3) Sistem lesen memancing boleh dilaksanakan secara sukarela terlebih dahulu. Perlaksanaan secara sukarela boleh dikatakan antara yang terbaik kerana pemancing melakukannya atas keputusan sendiri. Akan tetapi perlaksanaannya mungkin memakan masa.

Ianya bergantung sejauh masa promosi/usaha pihak jabatan bagi mendekati pemancing dan menggalakkan pemancing memiliki lesen memancing. Ia juga bergantung kepada siapa golongan pemancing awal yang mempunyai lesen memancing. Pengelibatan golongan berpengaruh (cth: pengerusi persatuan memancing/editor majalah memancing) mungkin akan mempercepatkan proses sukarela ini. Selain itu, ianya juga bergantung kepada hasil/kesan yang dapat ditonjolkan jabatan setelah sistem ini dilaksanakan.

4) Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti memancing juga boleh membantu mencapai perlaksanaan sistem lesen memancing. Sebagai contoh melibatkan Persatuan memancing, Persatuan pengusaha bot yang terlibat dengan aktiviti memancing, dan Pengusaha menjual peralatan memancing. 

Kerjasama bukan sahaja melibatkan mereka dalam 'perlaksanaan' sistem lesen memancing, tetapi juga dari peringkat awal lagi. Peringkat awal iaitu peringkat membuat keputusan, dari segi bagaimana kaedah atau teknik yang boleh digunakan bagi mendekati dan menggalakkan pemancing memiliki lesen memancing.

Kesan jika tiada
Ketiadaan data/maklumat pemancing membiarkan sumber perikanan berada dalam keadaan tidak pasti. Kita tidak pasti dimana tahap sumber perikanan kita berada buat masa ini, hasil dari tekanan yang diberikan oleh pemancing rekreasi. Kita juga tidak pasti berapa lama lagi sumber perikanan ini dapat bertahan dalam menampung keperluan aktiviti memancing ini.

Tuesday, 9 December 2014

Teknik Tanda-Tangkap Semula (Mark-Recapture Technique)

                                                                http://www.dnr.sc.gov/marine/tagfish/assets/photos/TaggingRed.jpg

Teknik Tanda-Tangkap semula merupakan teknik yang biasa digunakan oleh saintis dalam menganggar saiz populasi sesuatu organisma. Teknik ini banyak digunakan dalam mengganggar saiz populasi ikan di tasik, sungai, mahupun lautan. Selain itu, teknik ini digunakan bagi mengetahui pergerakan ikan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain (migration), selain digunakan oleh pengurus perikanan bagi mengetahui kejayaan hidup (survival) bagi sesuatu individu atau spesies ikan yang dilepaskan dari hatcheri.

Teknik ini diamalkan oleh saintis dengan menanda ikan yang dipilih / ditangkap. Ada yang menanda ikan hanya dengan memotong sirip (fin clip), ‘opercular and fin punches’, dan ada juga yang menggunakan penanda khas atau ‘tag’. Terdapat pelbagai teknik menanda atau tag yang diguna oleh saintis antaranya; Dart tag, T-bar anchor tag, Laminated disc, Internal anchor tag, Visible implant elastomer (VIE), dan Passive integrated transponder (PIT). Kesesuaian teknik menanda ini berbeza-beza bergantung kepada; spesies ikan, saiz ikan, lokasi kajian dijalankan, kos tag, saiz tag, dan tujuan ikan ditanda.


                                                   https://www.dfg.ca.gov/fish/Fishing/Monitoring/FTag/images/T-Bar_Anchor_Tag.jpg
                                        
Contoh tag yang biasa digunakan adalah T-bar anchor tag, iaitu tag plastik berbentuk T seakan tag harga barangan di pasaraya. Tag ini ditanam di bahagian atas badan ikan berdekatan dengan sirip dorsal dengan menggunakan 'tagging gun', manakala bahagian hujung tag dibiarkan terkeluar dari ikan. T-bar anchor tag membolehkan saintis mengenalpasti individu ikan melalui nombor siri yang terdapat pada tag tersebut. Ianya juga murah, pantas dilakukan, dan sesuai diguna pada kebanyakan spesies ikan. Terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh saintis berkaitan kesesuaian dan ketahanan tag pada ikan.

                                                              http://www.floridasportsman.com/files/2013/06/TagBanner1.jpg

Amalan biasa yang digunakan saintis dalam mengendalikan teknik Tanda-Tangkap semula adalah seperti berikut:
1.      Ikan ditangkap dari habitat / ikan dipilih dari hatcheri, kemudian,
2.      Ikan ditanda menggunakan fin clip, penanda khas, atau tag,
3.      Ikan dilepaskan ke dalam tasik, sungai atau laut,
4.      Ikan ditangkap semula

Bilangan ikan yang ditanda-dan-dilepaskan direkod bacaannya. Selepas beberapa tempoh waktu tertentu (cth: seminggu), saintis akan pergi semula ke kawasan ikan dilepaskan tadi, dan melakukan proses tangkapan. Ikan yang berjaya ditangkap direkod bilangannya, begitu juga dengan ikan yang bertanda/bertag bilangan mereka juga direkod. Selain, catatan dibuat bagi lokasi ikan dilepaskan, lokasi ikan ditangkap semula, panjang ikan, dan juga berat ikan.

Salah satu kaedah yang digunakan oleh saintis dalam teknik Tanda-Tangkap Semula ini adalah ‘Single Census- Petersen Estimate’ dimana proses menanda ikan hanya dilakukan sekali, begitu juga dengan proses menangkap ikan yang juga dilakukan hanya sekali. Formula yang boleh diguna dalam menganggar saiz populasi ikan menggunakan kaedah ini (Single Census- Peterson Estimate) adalah seperti berikut:  

N = M x C / R
Dimana:     N = Saiz populasi anggaran
                  M = Marked (jumlah ikan yang ditanda)
                  C = Census (jumlah ikan yang ditangkap)
                  R = Recap (jumlah ikan yang ditangkap dengan tanda/tag)

 Kemudian, dapatkan 95% Confidence Interval (C.I). Boleh gunakan jadual Ricker 1975 Appendix 2 (di bahagian kiri jadual). Gantikan R dalam formula di atas dengan dua nilai iaitu ‘lower limit’ dan ‘upper limit’ yang terdapat dalam jadual tersebut. Dari sini, saintis dapat menganggar saiz populasi ikan di satu-satu perairan. 


Tuesday, 1 October 2013


USING GRASS CARP FOR AQUATIC PLANT CONTROL


Grass Carp (Photo source: Gettys et al. 2009)

1. Aquatic plants, their importance and impacts to the ecosystem
     Aquatic plants are important to aquatic ecosystems because they provide food for various fish species. This energy is consumed by herbivorous fish and used for growth and reproduction (Madsen 2009). Aquatic plants produce oxygen required by all fish for survival through carbohydrates (sugar) via photosynthesis (Madsen 2009). Aquatic plants also provide diverse habitats for fish particularly covers for small fish protecting them from predators. Plants also directly impact the water quality and sedimentation rates of suspended matter (Madsen 2009).  More than 80% from 38 Florida lakes are highly productive and they were classified either as eutrophic or hypereutrophic (Hanlon et al. 2000). Meanwhile, Canfield and Hoyer (1988) classified that 52% and 35% out of 165 lakes in Florida are mesotrophic and eutrophic lakes respectively.

     Aquatic macrophytes can create crucial problems in Florida’s water bodies due to their excessive growth resulting from their shallowness and high water temperatures (Hanlon et al. 2000). Non-native plants can have significant negative effects in water bodies and can threaten the function and diversity of these aquatic ecosystems (Hanlon et al. 2000). Hanlon et al. (2000) examined the effective mass of grass carp in controlling aquatic vegetation in 38 Florida’s lakes which has biologically had problems with excessive aquatic macrophytes, mainly from the introduction of invasive species.

     Non-native aquatic plants can dramatically change the functionality and structure of aquatic ecosystem and can cause economic loss from reduced recreational use and increase cost to manage these ecosystem (Madsen 2009). Exotic plants directly impact water bodies by reducing the growth of native plant species, changing the fish habitat which can result in smaller game fish species being produced, increasing the sedimentation rate within these systems, and lowering oxygen content in the water due to lack of lake circulation due to high densities of exotic vegetation (Madsen 2009). 


Hydrilla dominated a lake (Photo source: Gettys et al. 2009)

     The number of exotic aquatic plant species that significantly contributes to problems in Florida water bodies is hydrilla (Hydrilla verticillata). In a study of 38 Florida lakes, 27 lakes were colonized by hydrilla, with 7 to 10 percent of the area of these lake covered by aquatic plants (Hanlon et al. 2000). Hydrilla has resulted in high and costly damage to ponds and lakes in the United States, and it is believed that this species will continue to expand its distribution (Richardson 2008). As such, aquatic plant management needs to be implemented when the aquatic communities reach nuisance levels (Hanlon et al. 2000) or when the introduction of non-native plant species and depleting growth of the native aquatic plant occurs (Richardson 2008).

2. Grass carp as aquatic plant control
     Aquatic plants management is often needed because of the introduction of exotic species and the excessive growth of native aquatic plants (Richardson 2008). Current management practices include removal of aquatic plants using mechanical tools (e.g., weed harvester and dredges) and the use of herbicides (Richardson 2008). Biological control, however, is the best management practice because it is more efficient, cost less, and controls plants without using chemicals (Hanlon et al. 2000).

     The best biological management technique to control invasive aquatic plants, namely hydrilla, is by using grass carp (Ctenopharyngodon idella ) (Hanlon et al. 2000; Richardson 2008; Colle 2009; Madsen 2009). The use of grass carp can be effective, cost efficient (Hanlon et al. 2000), and can remove aquatic plants for the long term (Colle 2009). Hanlon et al. (2000) collected data from previous Florida lake studies and suggested that the best biological control for the overpopulation of aquatic plants in lakes is by using grass carp.

     Grass carp mainly originated from China and has been introduced to many countries around the world including in the United States because of its ability to control aquatic plants. In Florida it was introduced in 1970’s for experimental purpose to control the hydrilla (Sutton et al. 2012). Grass carp are herbivorous species that prefer certain types of aquatic plants. Some of the most preferred aquatic plants are hydrilla (H. verticillata), muskgrass (Chara spp.), southern waternymph (Najas guadalupensis), Brazilian waterweed (Egeria densa), watermeal (Wolffia spp.) and duckweed (Lemna spp.) (Sutton et al. 2012).

     Grass carp will consume almost any aquatic plant available in an aquatic system if the desired plants are depleted (Colle 2009). They even observed to consume terrestrial plants that hanging at the surface of the lake water such as grasses and banana leaves (Sutton et al. 2012). This species can survive for at least 25 years in Florida lakes and can grow up to ten pounds per year (Colle 2009). Only triploid grass carp can be used in Florida, with almost guarantees that there will be no reproduction of grass carp after stocking them into natural water bodies (Hanlon et al. 2000; Colle 2009). Diploid grass carp cannot successfully reproduce in standing water (lakes and pond) but have been documented to reproduce in large rivers such as the Mississippi River.

Just imagine how big a grass carp can grow (Photo source: Gettys et al. 2009)

     Many lakes have been stocked with low stocking rates of grass carp to control aquatic plants (Hanlon et al. 2000). The stocking rate that is most suitable for closed systems generally ranges from 5 to 120 fish per hectare (Colle 2009). In South Carolina, Richardson (2008) cited from previous papers that stocking rates of 20 to 30 grass carp per hectare reduced the vegetated area from 17,000 ha to only about 500 ha. The optimum stocking density is dependent on the quantity of aquatic macrophytes available in the area, and there is no ‘magic number’ of stocking rates for grass carp (Colle 2009). Furthermore, balancing the number of grass carp and the plant growth is different among water bodies and difficult to achieve (Colle 2009).

     Another successful method in controlling aquatic plants in aquatic ecosystem is the integrated approach (Hanlon et al. 2000; Cuda et al. 2008). Lakes are treated with herbicides to reduce the biomass of aquatic plants prior to stocking grass carp (Hanlon et al. 2000). For example, the integrated approach was conducted in 38 lakes in Florida where the lakes were treated with certain level of herbicides to reduce the starting biomass of aquatic plants before stocking the fish (Hanlon et al. 2000). The optimum sizes of grass carp for stocking are 12 inches or bigger to avoid predation and to ensure that aquatic plant species are controlled successfully (Colle 2009).

3. Effects after stocking
     Aquatic plant management can be successful using biocontrol agent such as grass carp, especially if long- term control is required (Colle 2009). Hanlon et al. (2000) believe that grass carp take several years to control the production and biomass of aquatic plants. Grass carp can maintain the aquatic plants for 10 to 15 years without complete elimination (Colle 2009).

     Stocking with a high density of grass carp can effectively eliminate all submerged aquatic plants (Hanlon et al. 2000; Colle 2009). Hanlon et al. (2000) found that the stocking of 24 to 74 fish per hectare resulted in the total loss of submersed aquatic plants, because the consumption rates of the fish exceeded the growth rates of the vegetation. On the other hand, Hanlon et al. (2000) suggested that stocking rates of 25 to 30 grass carp per hectare gave some management advantages in that grass carp would selectively control some types of aquatic plants species while leaving others alone.

     Hanlon et al. (2000) also indicated that within 3 to 10 years of grass carp stocking, the average vegetated area decreased from 57% to 24%. They concluded that if the percentage of vegetation area left in a lakes is 14% or greater, that grass carp would not totally eliminate the entire aquatic plant community. Stocking grass carp at 25 to 30 individuals per hectare of aquatic vegetation is considered an excellent method if the control of vegetation in a lake is matched with the goals of the managers. 

     On the other hand, there are some negative effects resulted from the stocking of grass carp. Water quality changed as a result of total elimination of aquatic plants by grass carp, as systems may change to being dominated by phytoplankton (Colle 2009). Water clarity decreased because of abundance of phytoplankton and due to wind driven currents that stir the sediments from the lake bottom up to the surface (Colle 2009). For instance, Colle (2009) stated that some of the fish species in two Florida lakes are no longer available as a result of the consumption of aquatic plants by grass carp for 15 years. Deterioration of spawning areas, nursery grounds, and food sources might be the results of the loss of the fish species.

     Many debates arise pertaining to the stocking of grass carp to control aquatic vegetation (Hanlon et al. 2000). After introducing the grass carp into a water body, they can be extremely difficult to remove (Hanlon et al. 2000; Cuda et al. 2008; Colle 2009). For example, it took a few years of effort by fishermen to remove grass carp from a lake in Louisiana (Colle 2009). However, according to Colle (2009), users generally admit that grass carp could not be removed once they were stocked into the water body.

     In general, Cuda et al. (2008) reported that the abiotic factors, biotic factors, predation, parasitism, diseases, and other technical factors limit the success of biological control of aquatic macrophytes. Colle (2009) mentioned that 7% to 70% of grass carp that were stocked into ponds in Florida were lost due to predation after one year of stocking. Predation is problematic when large fish such as striped bass and largemouth bass become predators to the stocked fish (Colle 2009). According to Hanlon et al. (2000), it is difficult to maintain 25 to 30 grass carp per hectare as a stocking rate because of different mortality rates of the stocked grass carp. The consumption rates of the grass carp were lower than the growth rates of the aquatic plants, thus little control of the aquatic macrophytes was achieved with higher mortality rates (Hanlon et al. 2000).

Literature cited

Canfield, Jr., D. E., and M. V. Hoyer. 1988. Regional geology and the chemical and trophic state characteristics of Florida lakes. Lakes and reservoir management 4(1): 21-31. 

Colle, D. 2009. Grass carp for biocontrol of aquatic weeds. Pages 61-64 in L.A. Gettys, W.T. Haller, and M.Bellaud, editors. Biology and control of aquatic plants, Aquatic Ecosystem Restoration Foundation, Marietta, Georgia.

Cuda, J. P., R. Charudattan, M. J. Grodowitz, R. M. Newman, J. F. Shearer, M. L. Tamayo, and B. Villegas. 2008. Recent advances in biological control of submersed aquatic weeds. Aquatic Plant Management 46: 15-32. 

Gettys, L.A., W.T. Haller, and M. Bellaud. 2009. Biology and control of aquatic plants, Aquatic Ecosystem Restoration Foundation, Marietta, Georgia.

Hanlon, S. G., M. V. Hoyer, C. E. Cichra, and D. E. Canfield Jr. 2000. Evaluation of macrophyte control in 38 Florida lakes using triploid grass carp. Aquatic Plant Management 38: 48-54.

Madsen, J. 2009. Impact of invasive aquatic plants on aquatic biology. Pages 1-8 in L.A. Gettys, W.T. Haller, and M.Bellaud, editors. Biology and control of aquatic plants, Aquatic Ecosystem Restoration Foundation, Marietta, Georgia.          

Richardson, R. J. 2008. Aquatic plant management and the impact of emerging herbicide resistance issues. Weed Technology 22: 8-15.

Sutton, D. L., V. V. Vandiver Jr., and J. E. Hill. 2012. Grass carp: A fish for biological management of hydrilla and other aquatic weeds in Florida. EDIS University of Florida.

Acknowledgement
I would like to thank you Dr Charles Cichra for the draft editing

Releasing Aquarium Fish in Malaysian Lakes?

Aquarium fish, Pacu
(photo source: kezj.com)

Most fish hobbyist can easily lose interest when aquarium fish become too big. The fish are no longer cute and become violent. They need more food and a bigger space, a new aquarium. The owner has to spend a lot of money until it is not worth it to keep them anymore. So, the easiest way is by releasing them into a lake with hope that the fish can get plenty of food, enough space, and have a good life in future.    

Yes, they maybe have a good future in the lake, but what effect could the fish have on the lake if they are an alien species (exotic species)? What happen to the original fish that live there?

Some studies report that the effects of releasing fish are competition for food and habitat with the native fishes. Usually the released fish wins because they are larger and stronger. They can easily eat and kill other fish, and even destroy their nest and eggs. The lake will lose many species over a longer period.

In Malaysia, some of the strong and big fish released are dragon fish (arapaima), lake grouper (jaguar cichlid), and pacu. Just imagine this strong and big fish entering a lake, like someone who is violent entering your house and destroys everything. That’s horrible!

Dragon fish (Arapaima gigas)
(photo source: Malaysiakini.com)

So what can we do about it? Some people say we can sell or give them to another hobbyist, or just bring the fish back to the pet shop. In the United States, many people do euthanize, using some kind of chemical to let the fish die humanely. The better solution may be to donate them to the zoo, aquaria center, school, government office, or professional office. Over there, the fish could have a better life and we could save our lakes. 


Saturday, 27 July 2013

How to buy a used car in Florida (Gainesville) - perspective of a student



-Search for a car. Some of the points that need to be considered:
(a) brand, (b) type, (c) CC, (d) years, (e) mileage, (f) price.

-Brand - either it is Japanese car (Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Suzuki, Acura), Korean (Hyundai, Kia), United States (Ford, Dodge, Chevrolet, GMC, Cadillac, Infinity), or European (Mercedes, Volvo, BMW, Volkswagen, Mini). Some people said that Japanese & Korean cars are cheaper to maintain, but not the European & United States cars.

-Type - either it is a coupe (2 doors), sedan (4 doors), a wagon (looks like a sedan but with long body at the back), a minivan (it is a van), or, a truck (there is a load space at the back). What type do you prefer?

-CC - this is the engine displacement, bigger CC would have more power, but would consumed more gas (eg. 1500 CC vs 3000 CC).

-Years - Latest years might give least problem to the buyer (eg. old car vs new car). But this is not necessary true.

-Mileage - some people would choose a car with low mileage, which is not more than 200,000 miles. (eg. 50,000 miles maybe better than 150,000 miles?).

-Price - for a student, this is the most crucial part, for sure, a student would choose the least expensive car. But, it is better if you could consider the combinations of some of the points above.

-Next, mechanical inspection – Some people might come along with their mechanic to look at the car before buying. You could also ask the seller to bring the car to a workshop (that you know) to do inspection. Consider the cost of repair (if any), either it is worth it to buy the car.

-Driver license – You must have a valid Driver License to drive / register a car under your name. My experience, I use International Driver Permit (IDP) from my country to register for a car.

-Buy a car from owner – If you buy a car directly from the owner, after payment, you might have to bring the car certificate (TITLE) to the Tax Collector Office. (You may need a car insurance too, for examples you may get an 'Auto Insurance' from company like Geico or Progressive, via online through their websites). 

-Next, The Tax Office will do a transfer of ownership and register the car under your name. You might need to pay the new TITLE, TAG (license plate) and TAX (6%). After getting the TAG (a metal plate tag), then only you can drive the car home. (eg. what would you pay, the car price is $3,500 + title, tag & tax about $650).

-Buy a car from dealer – If you buy a car from a dealer, this will involve dealer fee/extra service charge (besides the car price, title, tag & tax) (maybe 300 to 500 more?). But the dealer will do all documentations for you. The dealer will provide a temporary tag and you may drive the car home after payment.

Friday, 1 March 2013

Tips memohon universiti luar negara (USA) –untuk sambung PhD – mengikut pengalaman saya




1.       Tentukan negara mana yang kita nak sambung belajar (cth: USA)
2.       Cari universiti di negara tersebut yang mempunyai bidang yang berkaitan dengan kita (cth: bidang perikanan – cari di google ‘list of university in fisheries’ / ‘the best fisheries university in USA’)
3.       Di setiap universiti, cari laman web jabatan (department) yang menawarkan bidang kita tu (cth: auburn university - department of fisheries & allied aquaculture, university of florida – department of fisheries and aquatic sciences).
4.       Di dalam website jabatan tersebut pula, cari senarai pensyarah yang berkaitan dalam bidang kita (cth: people/directory/professor/faculty)
5.       Selepas kenalpasti beberapa pensyarah yang punyai bidang yang sama, copy alamat emel mereka.
6.       Hantar emel kepada setiap pensyarah tadi ‘latar belakang’ kita dan ‘research interest’ kita. (cth: tajuk emel ‘Phd research in university of florida’ kalau boleh sertakan resume). Hantar kepada seberapa banyak pensyarah yang boleh.
7.       Tunggu reply dari pensyarah2 ini. Ada yang akan reply kata dia tak mahu student buat masa tu, ada yang reply kata bidang tidak berkaitan, tak ada geran penyelidikan atau ada yang tak reply langsung.
8.       Tapi kita tunggu emel dari pensyarah yang reply secara positif. (contoh: pensyarah reply emel kata research interest kita sama dengan bidang kepakaran dia & minta untuk apply ‘kemasukan university secara online’ (online admission application).
9.       Ada setengah pensyarah mahu kita ditemuduga terlebih dahulu, ini langkah yang baik. Try buat appointment dengan pensyarah tadi & try cadangkan temuduga melalui perbualan ‘Skype’. Selepas temuduga, kalau pensyarah berpuas hati, mereka juga akan minta kita apply kemasukan secara online.
10.   Apply kemasukan online ini biasanya kita kena isi borang dan kena bayar proses fee. (cth: ada yang USD25, ada yang USD90 dll– bergantung pada university), so, kat sini kita kena betul2 pilih university dan pensyarah yang mana yang betul2 kita mahu. Mungkin boleh pilih dan apply online untuk 3 universiti?.
11.   Selain itu kita juga kena isi bahagian ‘referee’ untuk permohonan kita. (cth referee: pensyarah di Universiti di Malaysia yang boleh rekemen yang terbaik untuk kita dari segi research / peribadi) – ini juga membantu banyak dalam menentukan samada kita akan diterimamasuk atau tidak.
12.   Selepas itu, bahagian graduate school/staff di department akan follow up dengan kita tentang application kita. Ikut sahaja arahan mereka dari semasa ke semasa untuk mendapatkan surat tawaran dari university tersebut (unconditional offer letter).
13.   Untuk kuat dalam application ini, kalau boleh ambil peperiksaan bahasa inggeris yang diperlukan (TOEFL/IELTS) lebih awal. Kalau USA, mereka perlukan markah peperiksaan GRE.  Ambil peperiksaan ini kalau boleh sebelum menghantar emel kepada pensyarah (step no: 6) atau sebelum apply secara online (step no 11). Kalau tak, boleh jugak ambil periksa selepas kita apply secara online –bergantung pada university/pensyarah.
14.   Untuk step 10, dalam memilih university untuk membuat permohonan online, pada pendapat saya, lagi baik kita pilih pensyarah yang boleh mambantu kita dalam research kita nanti. Kita boleh kenalpasti dari cara mereka menulis emel / bercakap dengan kita semasa temuduga.
15.   Kita boleh juga mendapatkan surat tawaran bersyarat (conditional offer letter) semasa di step 8/9. Dikeluarkan samada oleh pensyarah atau jabatan (bukan graduate school). Surat bersyarat ini biasanya boleh digunakan untuk apply biasiswa MARA atau KPT (untuk peringkat awal permohonan).