Artikel ini adalah berkenaan Perlaksanaan Lesen Memancing di satu kawasan
- pada pendapat saya
Intro
Perikanan rekreasi seringkali dikatakan membawa kesan buruk kepada sumber perikanan, sekiranya ianya tidak diurus secara berkesan. Di kebanyakan negara maju bilangan pemancing rekreasi melebihi jumlah nelayan komersial, begitu juga dengan jumlah hasil tangkapan mereka.
Di Malaysia, dianggarkan pemancing rekreasi berjumlah sekitar 2 juta orang pada awal-pertengahan 2000an, dan jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun. Akan tetapi, jumlah pemancing ini adalah berdasarkan anggaran saintis, dan bukannya daripada jumlah rasmi. Sekiranya benar, jumlah ini melebihi bilangan nelayan komersial (100 ribu), sekaligus berkemungkinan, hasil tangkapan pemancing rekreasi di Malaysia juga adalah melebihi hasil tangkapan nelayan komersial.
http://www.lakegeorgeguide.com/wp-content/uploads/2010/11/fishing-licenses.jpg
Memancing = aktiviti yang dilakukan
Pemancing
= individu yang melakukan
aktiviti memancing
Jabatan
= agensi / jabatan yang mengurus sumber perikanan
Sumber
perikanan = ikan
Perairan
= sungai, tasik, laut
Apa Lesen Memancing?
Lesen memancing adalah ‘kebenaran’ yang diperlukan oleh pemancing bagi melakukan aktiviti memancing di satu kawasan. Lesen memancing biasaannya dikeluarkan oleh jabatan/agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus sumber perikanan di kawasan tersebut.
Biasanya
pemancing boleh mendapatkan lesen memancing melalui saluran dan prosedur yang
ditetapkan (permohonan online / borang biasa, yang di pos atau di hantar ke
pejabat).Setelah mendapat lesen memancing, maka pemancing tadi secara rasmi telah
mendapat kebenaran untuk pergi memancing. Beliau boleh memancing selagi
mematuhi peraturan dan syarat memancing yang telah ditetapkan oleh jabatan.
Sistem
lesen memancing telah lama dilaksanakan di negara maju, terutamanya yang
popular dengan industri perikanan rekreasi.
Apa Tujuan?
Antara tujuan sistem lesem memancing
dilaksanakan adalah;
1) Bagi mendapatkan data atau maklumat
asas pemancing
2) Menjana pendapatan hasil dari penjualan
lesen memancing
3) Bagi memelihara sumber perikanan
http://cdn.patch.com/users/112920/2014/08/53e507d6af7a8.jpg
Apakah Kelebihan / Kebaikan melaksanakannya?
Terdapat banyak kelebihan yang diperolehi
hasil dari perlaksanaan sistem lesen memancing ini, terutamanya kepada jabatan,
pemancing, dan sumber perikanan.
Dengan adanya sistem lesen memancing, maka data/maklumat asas pemancing dapat
dikumpul oleh jabatan yang mengurus sumber perikanan. Data/maklumat ini termasuklah;
umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan, dan pendapatan seisi rumah,
pengalaman memancing. Selain itu, maklumat perhubungan seperti alamat rumah,
emel, dan nombor telefon juga boleh diperolehi melalui sistem ini.
Data/maklumat ini berguna bagi menganggar jumlah pemancing yang
terdapat di satu kawasan. Bilangan pemancing yang berdaftar membolehkan jabatan
mengetahui samada pemancing di kawasan tersebut adalah tinggi atau rendah
bilangannya.
Bilangan pemancing berguna bagi menganggar tahap ‘tekanan’ yang
dikenakan oleh pemancing keatas sumber perikanan. Sebagai contoh, satu kawasan
yang mempunyai ramai pemancing, tetapi sedikit sumber perikanan, maka kita
boleh anggarkan bahawa kawasan tersebut mengalami ‘tekanan’ tinggi.
Data/maklumat ini juga dapat membantu
jabatan dalam memahami pemancing
dengan lebih dekat. Teknik memahami pemancing telah terbukti antara teknik
terbaik dalam mengurus sumber perikanan, dan mengurus aktiviti perikanan rekreasi.
Bagi memahami pemancing, antara kaedah
yang boleh digunakan adalah dengan menjalankan
survei pemancing. Ini bagi mendapatkan pandangan / pendapat pemancing tentang sesuatu isu/perkara yang
berlaku. Sebagai contoh, survei boleh dijalankan bagi mengetahui tahap kepuasan
memancing di satu tasik/sungai. (samada puas hati atau tidak). Penambahbaikan
boleh dilakukan sekiranya punca ketidakpuasan hati pemancing dapat
dikenalpasti.
Selain itu, survei juga membantu bagi mendapatkan tabiat/cara memancing yang
dilakukan oleh pemancing, samada melakukan aktiviti memancing secara betul/mapan.
Survei juga membantu dalam mengetahui jumlah
hasil tangkapan pemancing bagi menganggar tahap pengambilan ikan. Survey
juga dapat menganggar berapa nilai (RM) yang pemancing telah
belanjakan, atau yang pemancing sanggup belanjakan untuk pergi memancing.
Perlaksanaan sistem lesen memancing juga
bermanfaat dari segi ekonomi. Hasil jualan lesen memancing dapat menambah pendapatan ekonomi jabatan
yang mengurus. Pendapatan ekonomi ini berguna dalam mengurus/menambah baik
sumber perikanan. Selain dapat digunakan bagi memperbaiki kemudahan/frasarana/infrastruktur
berkaitan perikanan rekreasi.
Pendapatan ekonomi boleh digunakan dalam menjana aktiviti hatcheri ikan atau membekalkan benih ikan, bagi dilepaskan
ke dalam perairan. Ini bagi meningkatkan populasi ikan di perairan tadi,
sekaligus menambah peluang pemancing untuk mendapat ikan. Pengurusan hatcheri
dan pembekalan benih ikan sememangnya melibatkan kos operasi yang sangat
tinggi.
Pendapatan ekonomi juga berguna dalam menambah baik habitat ikan.
Kemusnahan/pengurangan habitat sering menjadi ancaman kepada sumber perikanan, kerana
ikan tiada tempat berlindung dan tempat membiak. Usaha perlu dilakukan bagi
memelihara dan memulihara habitat ikan. Usaha memelihara dan memulihara ini
sering melibatkan kos yang tinggi. Pendapatan ekonomi hasil jualan lesen
memancing sedikit sebanyak dapat menampung kos penambahbaikan tersebut.
http://www.coastalrefuges.org/Resources/Pictures/2.%20Officer%20Shilling%20-%20Crab%20Orchard.jpg
Bagaimana Melaksanakannya?
Terdapat
banyak cara boleh dilakukan bagi melaksanakan sistem lesen memancing, terutama
di kawasan yang tidak pernah melaksanakannya sebelum ini.
1)
Lesen memancing boleh dikeluarkan samada dengan
bayaran atau tanpa bayaran. Perbezaan antara keduanya adalah dari segi pendapatan
ekonomi. Lesen yang dikeluarkan tanpa bayaran mungkin tidak memperolehi sumber
ekonomi dari pengeluaran lesen tersebut. Manakala, persamaan keduanya adalah
jabatan kini mempunyai data/maklumat pemancing yang berguna dalam mengurus
perikanan rekreasi.
Untuk
permulaan (mungkin 5 tahun awal) pengeluaran lesen memancing boleh dilakukan
secara percuma. Ini supaya a)pemancing rekreasi tidak terkejut dengan
perlaksanaan lesen memancing, b)mendapat penyertaan yang tinggi dari para
pemancing, c)dilihat sebagai usaha telus dari pihak jabatan yang mengurus (bukan
lesen dijual sebab keuntungan), d)mengubah persepsi pemancing bahawa lesen
memancing tidak seperti lesen nelayan yang memerlukan bayaran tertentu.
2)
Sistem lesen memancing boleh dilaksanakan secara
skala kecil terlebih dahulu, sebelum ianya dapat dilaksanakan dalam skala
yang lebih besar. Skala kecil ini termasuklah melibatkan satu kawasan tertentu
yang spesifik (Tasik A / Sungai B / Pantai C). Kawasan spesifik ini mestilah
dipilih berdasarkan beberapa perkara seperti beirikut; a)pengelibatan aktiviti
memancing di kawasan tersebut adalah tinggi, b)untuk memasuki kawasan tersebut
adalah terhad/terkawal, c)pemancing mudah didekati bagi memaklumkan pelaksanaan
sistem lesen, d)kawasan dimana pemantauan/penguatkuasaan mudah dilaksanakan.
Selain
itu, perlaksanaan skala kecil juga boleh melibatkan tempoh masa atau musim
memancing tertentu, dan dilaksanakan di kawasan tertentu.
Perlaksanaan
skala kecil ini membolehkan jabatan mengenalpasti kelemahan/kekurangan yang
perlu diperbaiki sebelum ianya dilaksanakan dalam sekala besar. Ianya juga
penting bagi mengetahui perlaksanaan sistem memancing mendapat sambutan, dan
penguatkuasaan dapat dilakukan sepenuhnya, terutama keatas pemancing yang tidak
mempunyai lesen memancing.
3)
Sistem lesen memancing boleh dilaksanakan secara
sukarela terlebih dahulu. Perlaksanaan secara sukarela boleh dikatakan
antara yang terbaik kerana pemancing melakukannya atas keputusan sendiri. Akan
tetapi perlaksanaannya mungkin memakan masa.
Ianya
bergantung sejauh masa promosi/usaha pihak jabatan bagi mendekati pemancing dan
menggalakkan pemancing memiliki lesen memancing. Ia juga bergantung kepada
siapa golongan pemancing awal yang mempunyai lesen memancing. Pengelibatan
golongan berpengaruh (cth: pengerusi persatuan memancing/editor majalah
memancing) mungkin akan mempercepatkan proses sukarela ini. Selain itu, ianya
juga bergantung kepada hasil/kesan yang dapat ditonjolkan jabatan setelah
sistem ini dilaksanakan.
4)
Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat
dalam aktiviti memancing juga boleh membantu mencapai perlaksanaan sistem
lesen memancing. Sebagai contoh melibatkan Persatuan memancing, Persatuan pengusaha
bot yang terlibat dengan aktiviti memancing, dan Pengusaha menjual peralatan
memancing.
Kerjasama bukan sahaja melibatkan mereka dalam 'perlaksanaan' sistem
lesen memancing, tetapi juga dari peringkat awal lagi. Peringkat awal iaitu
peringkat membuat keputusan, dari segi bagaimana kaedah atau teknik yang boleh
digunakan bagi mendekati dan menggalakkan pemancing memiliki lesen memancing.
Kesan jika tiada
Ketiadaan
data/maklumat pemancing membiarkan sumber
perikanan berada dalam keadaan tidak pasti. Kita tidak pasti dimana tahap sumber
perikanan kita berada buat masa ini, hasil dari tekanan yang
diberikan oleh pemancing rekreasi. Kita juga tidak pasti berapa lama lagi
sumber perikanan ini dapat bertahan dalam menampung keperluan aktiviti memancing
ini.