Friday, 1 March 2013

Tips memohon universiti luar negara (USA) –untuk sambung PhD – mengikut pengalaman saya




1.       Tentukan negara mana yang kita nak sambung belajar (cth: USA)
2.       Cari universiti di negara tersebut yang mempunyai bidang yang berkaitan dengan kita (cth: bidang perikanan – cari di google ‘list of university in fisheries’ / ‘the best fisheries university in USA’)
3.       Di setiap universiti, cari laman web jabatan (department) yang menawarkan bidang kita tu (cth: auburn university - department of fisheries & allied aquaculture, university of florida – department of fisheries and aquatic sciences).
4.       Di dalam website jabatan tersebut pula, cari senarai pensyarah yang berkaitan dalam bidang kita (cth: people/directory/professor/faculty)
5.       Selepas kenalpasti beberapa pensyarah yang punyai bidang yang sama, copy alamat emel mereka.
6.       Hantar emel kepada setiap pensyarah tadi ‘latar belakang’ kita dan ‘research interest’ kita. (cth: tajuk emel ‘Phd research in university of florida’ kalau boleh sertakan resume). Hantar kepada seberapa banyak pensyarah yang boleh.
7.       Tunggu reply dari pensyarah2 ini. Ada yang akan reply kata dia tak mahu student buat masa tu, ada yang reply kata bidang tidak berkaitan, tak ada geran penyelidikan atau ada yang tak reply langsung.
8.       Tapi kita tunggu emel dari pensyarah yang reply secara positif. (contoh: pensyarah reply emel kata research interest kita sama dengan bidang kepakaran dia & minta untuk apply ‘kemasukan university secara online’ (online admission application).
9.       Ada setengah pensyarah mahu kita ditemuduga terlebih dahulu, ini langkah yang baik. Try buat appointment dengan pensyarah tadi & try cadangkan temuduga melalui perbualan ‘Skype’. Selepas temuduga, kalau pensyarah berpuas hati, mereka juga akan minta kita apply kemasukan secara online.
10.   Apply kemasukan online ini biasanya kita kena isi borang dan kena bayar proses fee. (cth: ada yang USD25, ada yang USD90 dll– bergantung pada university), so, kat sini kita kena betul2 pilih university dan pensyarah yang mana yang betul2 kita mahu. Mungkin boleh pilih dan apply online untuk 3 universiti?.
11.   Selain itu kita juga kena isi bahagian ‘referee’ untuk permohonan kita. (cth referee: pensyarah di Universiti di Malaysia yang boleh rekemen yang terbaik untuk kita dari segi research / peribadi) – ini juga membantu banyak dalam menentukan samada kita akan diterimamasuk atau tidak.
12.   Selepas itu, bahagian graduate school/staff di department akan follow up dengan kita tentang application kita. Ikut sahaja arahan mereka dari semasa ke semasa untuk mendapatkan surat tawaran dari university tersebut (unconditional offer letter).
13.   Untuk kuat dalam application ini, kalau boleh ambil peperiksaan bahasa inggeris yang diperlukan (TOEFL/IELTS) lebih awal. Kalau USA, mereka perlukan markah peperiksaan GRE.  Ambil peperiksaan ini kalau boleh sebelum menghantar emel kepada pensyarah (step no: 6) atau sebelum apply secara online (step no 11). Kalau tak, boleh jugak ambil periksa selepas kita apply secara online –bergantung pada university/pensyarah.
14.   Untuk step 10, dalam memilih university untuk membuat permohonan online, pada pendapat saya, lagi baik kita pilih pensyarah yang boleh mambantu kita dalam research kita nanti. Kita boleh kenalpasti dari cara mereka menulis emel / bercakap dengan kita semasa temuduga.
15.   Kita boleh juga mendapatkan surat tawaran bersyarat (conditional offer letter) semasa di step 8/9. Dikeluarkan samada oleh pensyarah atau jabatan (bukan graduate school). Surat bersyarat ini biasanya boleh digunakan untuk apply biasiswa MARA atau KPT (untuk peringkat awal permohonan).

12 comments:

Kopiah Senget said...

Salam bro... aku share link blog ko dari blog aku.

izharuddinshah@blogspot said...

thanks, harap post ni senang dibaca dan mudah difahami, step tu mungkin tak rasmi, tapi harap ianya membantu.

Nora Tia said...

sangat membantu.. alhamdulillah.. terima kasih...

izharuddinshah@blogspot said...

sama2, good luck dalam pengajian nanti.. :-)

ierah_myra said...

mohon copy link nak post kat fb.. nak share ngan kawan2 n adik2 yg nak smbung study...

salam perkenalan.. sy pun org upm gak =)

izharuddinshah@blogspot said...

Yup, bebesar hati, silakan, mana2 yang rasa sesuai mungkin boleh ambil, Thanks..

Unknown said...

saya pelajar bacelor pendidikan (sains pertanian) UPM...insyaallah sy akan sambung belajar master agricultural education di department of agricultural education & comunication, univesti florida...nk tya la gambaran universiti kat sana..tq

Afifah said...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih atas perkongsian. Saya nak tnya, sempat ke kalu nk apply phd skrg tapi nak fly bulan 9?
maklumlah sebb saya frsh grad dan pengalaman meulis proposal adalah sgt sikit. tp pernah present di conference pada final year degree dan skrg under fellowship ukm. mohon pandangan saudara dan nasihat.

Terima kasih :)

izharuddinshah@blogspot said...

Sama2 Lefa Sky, soalan sempat atau tak ni bergantung kepada berapa lama masa kita perlukan dalam persiapan nak ke sana, seperti mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL, berususan dengn bakal advisor, menunggu surat daripada graduate school University sana kadang mengambil masa juga, so, pada pendapat saya lagi baik buat persiapan sepenuhnya, dari segi mental dan fizikal, walaupun pergi lambat sedikit. Yang penting segala persiapan dan keperluan kita dah lengkapkan dari Malaysia, jadi bila sampai di sana kita terus boleh mulakan semester, sekadar pandangan,

Anonymous said...

Asalamualaikum
Tumpang tanya, perlu ke kita cari pensyarah utk wat research sebelum application sbb setahu saya kalau di usa utk phd, kita akan mengikuti coursework selama 2 tahun dan comprehesive test selepas tu baru wat research. Kalau kita dah jumpa lecturer yg kita nak work on research waktu mula2 kita start sem, adakah lecturer tersebut akan hold that title of research utk kita after 2 tahun kita habiskan coursework?

izharuddinshah@blogspot said...

Waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya, saya tak pasti tentang universiti lain di Amerika, tetapi bagi universiti saya - lebih spesifik jabatan saya, pelajar perlu mempunyai potential advisor terlebih dahulu sebelum diterima masuk oleh universiti,

Selain itu, memang dalam tahun awal pengajian pelajar kena ambil coursework, serta mengambil candidacy exam, tetapi, dari semester satu lagi biasanya pelajar dah bekerja rapat dengan advisor terutama dalam memilih coursework, committee members, halatuju research dan persiapan membuat proposal.

Sekali lagi, ini merupakan pengalaman peribadi di universiti saya, dan bagi universiti yang lain di Amerika, mungkin sistem mereka sama dan mungkin juga berbeza..

Anonymous said...

Salam tuan, bagaimana dgn coursework utk phd. Adakah sama spt master by coursework. Apa pandangan tuan mengenai level 'tough' belajar phd disana berbanding di malaysia