‘Perikanan
rekreasi’ adalah merupakan satu bidang Perikanan, dengan fokus utamanya : memancing merupakan aktiviti rekreasi utama bagi manusia.
Perikanan
rekreasi berbeza dengan bidang Perikanan yang lain (seperti perikanan tangkapan,
akuakultur & perikanan hiasan) dari segi tujuan dan tekniknya. Tujuan utama
seorang ‘pemancing rekreasi’ memancing adalah untuk mendapatkan ‘rekreasi’ samada
untuk berseronok, bersantai, hobi atau bersukan, dan bukannya untuk tujuan
komersial atau mendapat keuntungan seperti jenis perikanan yang lain. Manakala
teknik di dalam perikanan rekreasi adalah dengan menggunakan ‘mata kail dan
tali’ (hook and line).
‘Perikanan
rekreasi’ boleh didefinisikan sebagai: kesemua aktiviti manusia yang berkaitan
dengan aktiviti ‘rekreasi memancing’.
‘Rekreasi
memancing’ (recreational fishing) pula boleh diistilahkan sebagai: kesemua aktiviti
memancing yang dijalankan pada bila-bila masa dengan tujuan utama untuk
mendapatkan rekreasi.
Manakala,
‘pemancing rekreasi’ (recreational fisherman) adalah: orang/individu yang
melakukan aktiviti rekreasi memancing tersebut.
Perikanan
rekreasi sebenarnya adalah merupakan ‘perikanan yang berasaskan rekreasi’
(recreation-based fisheries). ‘Rekreasi’ adalah parameter sosiologikal yang
boleh didefinisikan sebagai: kesemua aktiviti yang dilakukan seseorang di luar
waktu kerjanya untuk menyegar dan merehatkan minda serta badan mereka.
Oleh
itu, jika seorang pemancing pergi memancing dengan tujuan untuk mendapatkan
makanan atau untuk menambah pendapatan, mereka sebenarnya adalah merupakan ‘pemancing
sara hidup’ dan ‘pemancing komersial’, dan secara konsepnya telah terkeluar
dari kalangan pemancing rekreasi.
Bagaimana
pula bagi mereka yang memancing dengan tujuan untuk mendapatkan rekreasi tetapi
menyimpan dan membawa pulang hasil tangkapan mereka?.
Walaupun
tujuan utama pemancing rekreasi pergi memancing adalah untuk mendapatkan
rekreasi, akan tetapi, mereka masih juga boleh menyimpan sebahagian atau
kesemua hasil tangkapan mereka. Menyimpan atau tidak menyimpan hasil tangkapan
hanya mencerminkan ‘orientasi konsumtif’ bagi seorang pemancing. ‘Orientasi
konsumtif’ (consumptive orientation) boleh didefinisikan sebagai kecenderungan pemancing
rekreasi untuk menyimpan atau melepaskan ikan yang ditangkap.
Bagi
pemancing yang mengamalkan konsep ‘tangkap dan lepas’ (catch and release),
mereka ini adalah golongan pemancing yang mempunyai tahap ‘paling kurang konsumptif’
(least consumptive). Mereka sanggup melepaskan kesemua ikan yang ditangkap kembali
ke perairan. Manakala pemancing yang ‘paling konsumtif’ (most consumptive) adalah
mereka yang mengamalkan konsep ‘tangkap dan simpan’ (catch and keep) dengan
menyimpan kesemua hasil tangkapan yang mereka perolehi.
Seperti
bidang perikanan yang lain, perikanan rekreasi juga mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri iaitu:
1)
Produk dan komoditi ekonomi di dalam perikanan rekreasi adalah ‘rekreasi’ dan
bukan ikan yang ditangkap, dengan anggapan rekreasi tadi adalah ‘produk ekonomi’
yang boleh dijual beli.
2)
Tujuan utama pemancing pergi memancing mestilah untuk mendapatkan ‘rekreasi’
dan bukan untuk mendapatkan makanan atau sumber kewangan.
3)
Perikanan rekreasi mempunyai ciri-ciri sosiologikal yang melibatkan aspek sosial
dan psikologikal dalam diri pemancing. Terdapat ‘tema sosiologikal’
(sociological themes) yang dicari oleh pemancing seperti untuk berehat, menghayati
keindahan alam, meluangkan masa bersama rakan/keluarga atau untuk melepaskan
diri dari rutin harian.
4)
Suasana memancing (fishing setting) adalah penting didalam perikanan rekreasi kerana
pemancing rekreasi akan memilih tapak memancing (fishing site) yang mempunyai kualiti
estetika (esthetic qualities) (cantik) yang tinggi.
5)
Pemancing rekreasi merupakan pengguna dan pembeli dan mereka bukannya pengeluar
dan penjual.
6)
Rekreasi memancing bukannya aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan akan tetapi
merupakan aktiviti sampingan dimasa lapang.
7)
Pemancing rekreasi terdiri dari pelbagai peringkat umur dan latarbelakang
pekerjaan. Dari kanak-kanak hingga dewasa dan dari pemerintah hingga kepada rakyat
biasa.
8) Perikanan rekreasi hanya wujud dalam negara yang makmur dari segi ekonomi dan tidak akan wujud didalam negara yang miskin.
8) Perikanan rekreasi hanya wujud dalam negara yang makmur dari segi ekonomi dan tidak akan wujud didalam negara yang miskin.
9)
Mempunyai unsur ‘sukan’ didalam aktiviti rekreasi memancing dimana ikan dan manusia
bertarung menguji kekuatan masing-masing.
10)
Tidak kesemua teknik menanggkap ikan boleh diterima pakai didalam perikanan
rekreasi seperti penggunaan pukat yang boleh menangkap ikan dalam jumlah yang banyak
atau penggunaan bom atau tuba.
Reference :
M.K.A. Satar, UPM.
No comments:
Post a Comment