Fish Stocking Program: Does it always successful?
Program Pelepasan Ikan: Adakah selalunya berjaya?
Intro
Program pelepasan ikan banyak dilaksanakan di kebanyakan
negara di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Program ini melibatkan proses
melepaskan benih/anak ikan ke dalam ‘perairan semulajadi’ seperti di tasik,
sungai, ataupun laut.
Tujuan utama program pelepasan benih/anak ikan ini
dijalankan, kebiasaannya, adalah untuk menambah-baik bilangan atau densiti
populasi ikan di perairan semulajadi. Ini disebabkan populasi ikan di perairan
semulajadi dikatakan semakin berkurangan, terutamanya di negara/kawasan yang menggunakan
ikan sebagai sumber protein utama.
Dipercayai, apabila bilangan atau densiti
ikan bertambah, maka nelayan atau pemancing dapat meningkatkan hasil tangkapan
(catch/yield) dan dalam masa sama mengurangkan usaha (effort). Dengan kata lain
nelayan dapat meningkatkan kadar tangkapan per unit usaha - increase catch per unit
effort (CPUE).
Program pelepasan benih/anak ikan melibatkan proses yang
rumit (dari proses mencari baka induk yang baik, proses mengasing telur,
penetasan, nursery, pembungkusan, hingga pengangkutan ke tapak pelepasan) dan
juga melibatkan kos yang tinggi (makanan ikan, aeration, pengendalian hatcheri,
tenaga dan kepakaran, dan ll).
www.dof.gov.my/dof2/resources/Perikanan%20Tangkapan/Perikanan%20Darat/image002.jpg
Isu /
Persoalan
Akan tetapi, seringkali persoalan yang timbul adalah;
Adakah benih/anak ikan yang dilepaskan tadi berjaya hidup, survive, atau
membesar? Adakah program pelepasan benih/anak ikan ini betul2 berjaya mencapai tujuan atau objektifnya,
iaitu menambah bilangan populasi ikan di perairan semulajadi?
Sebagai contoh, sebanyak 85,000 benih ikan telah dilepaskan
di sebuah lombong awam di negeri Perak pada tahun 2014, dengan tujuan
meningkatkan hasil tangkapan nelayan di kawasan berkenaan. Begitu juga dengan
pelepasan lebih daripada 180,000 benih ikan di sungai2 terpilih di negeri
Terengganu pada tahun 2015, dengan tujuan mengekalkan populasi ikan air tawar
di negeri tersebut.
Sedangkan, kita tidak tahu samada benih/anak ikan yang
dilepaskan itu betul2 survive, hidup, dan terus membesar, ataupun mereka mati -
menjadi makanan ikan/pemangsa lain sejurus sahaja mereka dilepaskan, ataupun
mereka mati - akibat keadaan perairan/kawasan dilepaskan yang tidak sesuai.
Sukar untuk kita pastikan samada program pelepasan
benih/anak ikan benar2 berjaya mencapai objektif/tujuan utamanya. Walaupun, maklumbalas/laporan
awal mendapati nelayan atau pemancing berjaya meningkatkan hasil tangkapan di
perairan tersebut selepas program pelepasan benih/anak ikan dilaksanakan.
Bagaimana kita dapat mengenalpasti samada ikan yang
ditangkap oleh nelayan atau pemancing itu adalah ikan yang kita lepaskan? Bagaimana
hendak membezakan samada ikan yang ditangkap adalah ikan yang dilepaskan atau
ikan liar yang memang terdapat di perairan tersebut secara semulajadi?
Sesetengah penyelidik/saintis berpendapat, peningkatan
hasil tangkapan oleh nelayan atau pemancing, selalunya, bukan disebabkan oleh
faktor peningkatan populasi ikan di perairan tersebut akibat dari program
pelepasan benih/anak ikan. Akan tetapi peningkatan hasil tangkapan oleh nelayan
atau pemancing, adalah disebabkan oleh faktor peningkatan jumlah usaha (effot) oleh
nelayan atau pemancing, setelah mengetahui terdapatnya program pelepasan benih/anak ikan dilaksanakan. Dengan kata lain nelayan atau pemancing berpusu-pusu
mencuba nasib di kawasan tersebut setelah mengetahui banyak benih/anak ikan dilepaskan di situ.
Justeru, tanda ukur peningkatan hasil tangkapan oleh nelayan atau pemancing tidak boleh dijadikan panduan utama bagi kejayaan sesuatu program pelepasan benih/anak ikan di perairan. Apa yang penting yang perlu dibuat adalah kita sebagai penyelidik / saintis / pegawai di agensi yang bertanggungjawab dalam proses pelepasan benih/anak ikan, melakukan kaedah atau pendekatan terbaik, bagi memastikan kadar kehidupan (survival rate) benih/anak ikan di tahap maksimum, dan mengurangkan kadar kematian (mortality rate) kepada tahap yang minimum.
Jadi Bagaimana
Melaksanakannya?
Banyak kajian telah dilakukan terutamanya di negara maju, berkenaan
program pelepasan benih/anak ikan ini. Kajian2 tersebut bertujuan untuk
memperkemas dan memperbaiki proses pelepasan benih/anak ikan di masa yang akan
datang.
Antaranya, saintis berpendapat langkah terbaik adalah
dengan melakukan kajian awal (preliminary studies) ataupun pelepasan pilot
(pilot releases) dan meneliti tahap keberkesanan proses pelepasan ikan di satu2
perairan semulajadi. Antara perkara yang dicadangkan oleh saintis adalah
seperti berikut:
Habitat
pelepasan
Perkara penting yang perlu diteliti dalam memilih kawasan
pelepasan benih/anak ikan adalah: Habitat yang sesuai. Habitat yang sesuai
sangat penting bagi membantu meningkatkan kadar kehidupan benih/anak ikan yang
dilepaskan. Kebiasaanya kawasan yang mempunyai tumbuhan akuatik / tumbuhan
riparian (tumbuhan tebing) adalah kawasan paling sesuai, kerana tumbuhan2 ini
dikatakan dapat memberi perlindungan kepada anak/benih ikan yang dilepaskan, selain memberikan bekalan makanan dengan keterdapatan mikroorganisma akuatik yang tinggi dikawasan perairan yang mempunyai banyak tumbuhan.
Kajian juga boleh dilakukan terhadap jarak kawasan pelepasan dengan
pembangunan. Selain, mengambilkira lokasi pelepasan samada di anak2 sungai
(level 1 atau 2), di sungai yang lebih besar, atau di muara sungai berhampiran dengan
laut. Justeru, kejayaan benih/anak ikan untuk survive dan hidup adalah
bergantung kepada habitat atau kawasan pelepasan.
Saiz
pelepasan optimum (optimum release size)
Kajian boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti
‘saiz pelepasan optimum’ benih/anak ikan yang akan dilepaskan. Ini bergantung
kepada spesies. Dengan kata lain, saiz optimum pelepasan ikan berbeza mengikut
spesies. Tetapi, secara general, saiz yang terlalu kecil akan meningkatkan
risiko kematian semasa/selepas dilepaskan, manakala saiz terlalu besar akan meningkatkan
kos pengendalian kerana berada terlalu lama diperingkat pengendalian hatcheri. Justeru,
mengetahui saiz pelepasan optimum benih/anak ikan adalah langkah utama yang
perlu diambilkira. Ini boleh dilakukan dengan melakukan pelepasan pilot (pilot
releases) dengan melepaskan pelbagai saiz benih/anak ikan, dan menganggar saiz
pelepasan mana yang paling berjaya. Sebagai contoh, saiz pelepasan optimum ikan channel catfish di Florida adalah dalam lingkungan 12 inci, selepas mengambilkira faktor kos, tempoh memelihara, dan tahap stabil bagi spesies tersebut.
Musim
yang betul termasuk jadual air pasang surut
Bagi sesetengah spesies ikan, terutamanya bagi spesies yang
sensitif, kejayaan benih/anak ikan untuk hidup adalah bergantung kepada musim
yang betul semasa mereka dilepaskan. Ini berkait rapat dengan aspek seperti
keterdapatan sumber makanan, kadar hujan, dan kesesuaian suhu. Walaupun negara
kita sentiasa panas dan menerima hujan sepanjang tahun, mengenalpasti musim
yang betul sudah pasti dapat meningkatkan kadar kehidupan benih/anak ikan.
Selain itu faktor air pasang dan surut juga adalah antara perkara penting yang
perlu diambil kira, terutama di kawasan muara sungai atau di laut, terutamanya bagi spesies yang mempunyai tahap toleransi yang rendah kepada perubahan suhu dan saliniti air. Jadi, kejayaan benih/anak ikan untuk survive bergantung kepada
musim yang betul dan waktu yang sesuai semasa air pasang atau surut.
Jumlah
/ bilangan ikan dilepaskan, dan tahap ‘kebergantungan kepadatan’ (density
dependent)
Saintis mencadangkan waktu terbaik untuk melepaskan benih/anak
ikan adalah sebaik sahaja ikan melepasi tempoh yang dipanggil ‘density dependent’.
Tempoh ini adalah tempoh dimana pembesaran benih/anak ikan bergantung kepada
kepadatan mereka berada di satu kawasan. Dengan kata lain, kadar pembesaran
benih/anak ikan menjadi perlahan, jika terdapat banyak/padat ikan disekeliling
mereka, manakala pembesaran benih/anak ikan menjadi cepat, jika kurang ikan di
sekeliling mereka. Justeru, adalah penting untuk kita mengenalpasti bilakah waktu benih/anak
ikan bagi sesuatu spesies itu melepasi tahap density dependent, supaya kita
boleh melepaskan mereka dengan harapan mereka boleh terus membesar tanpa
mengambil kira faktor density dependent/kepadatan ikan lain di sekeliling mereka. Ini kerana,
pelepasan benih/anak ikan selepas dari peringkat density dependent akan
meningkatkan kadar kehidupan dan juga survival, benih/anak ikan yang dilepaskan.
Di dalam proses ini juga, kita dapat mengenalpasti dan membuat anggaran berapa bilangan benih/anak ikan yang patut dilepaskan di perairan.
Menanda
ikan / Fish Tagging
Menanda ikan adalah salah satu teknik yang boleh dilakukan,
bagi membezakan samada ikan yang ditangkap oleh nelayan atau pemancing adalah ikan
yang kita lepaskan, ataupun ikan liar yang memang terdapat di perairan tersebut.
Pelbagai teknik menanda ikan boleh dibuat, bergantung kepada pelbagai faktor
seperti saiz dan spesies ikan. Sebagai contoh dart tag / t-bar anchor tag –
boleh digunakan untuk ikan yang bersaiz agak besar, dan mempunyai bahagian
dorsal yang agak kuat dan stabil, manakala wire tagging – boleh digunakan untuk
ikan bersaiz kecil dengan menanam penanda di bahagian operkular ikan, sebelum
mereka dilepaskan. Di negara maju seperti di Amerika Syarikat, pelbagai usaha
dilakukan bagi mengukuhkan program menanda ikan ini. Antaranya, pihak agensi
perikanan memberikan ganjaran kepada nelayan atau pemancing sekiranya mereka menangkap
ikan yang mempunyai tanda/tag. Bukan sahaja ianya dapat membezakan ikan yang
ditangkap itu adalah ikan yang dilepaskan dari hatcheri, malah, ianya juga
dapat membantu saintis / penyelidik menggunakan data hasil tangkapan nelayan
atau pemancing, didalam model atau kiraan menganggar populasi ikan di
perairan, selain dapat menganggar pola migrasi sesuatu spesies ikan
berdasarkan lokasi ikan tersebut ditangkap.