1.
Tentukan negara mana yang kita nak sambung
belajar (cth: USA)
2.
Cari universiti di negara tersebut yang mempunyai
bidang yang berkaitan dengan kita (cth: bidang perikanan – cari di google ‘list
of university in fisheries’ / ‘the best fisheries university in USA’)
3.
Di setiap universiti, cari laman web jabatan (department)
yang menawarkan bidang kita tu (cth: auburn university - department of
fisheries & allied aquaculture, university of florida – department of fisheries
and aquatic sciences).
4.
Di dalam website jabatan tersebut pula, cari
senarai pensyarah yang berkaitan dalam bidang kita (cth: people/directory/professor/faculty)
5.
Selepas kenalpasti beberapa pensyarah yang
punyai bidang yang sama, copy alamat emel mereka.
6.
Hantar emel kepada setiap pensyarah tadi ‘latar
belakang’ kita dan ‘research interest’ kita. (cth: tajuk emel ‘Phd research in
university of florida’ kalau boleh sertakan resume). Hantar kepada seberapa
banyak pensyarah yang boleh.
7.
Tunggu reply dari pensyarah2 ini. Ada yang akan
reply kata dia tak mahu student buat masa tu, ada yang reply kata bidang tidak
berkaitan, tak ada geran penyelidikan atau ada yang tak reply langsung.
8.
Tapi kita tunggu emel dari pensyarah yang reply
secara positif. (contoh: pensyarah reply emel kata research interest kita sama
dengan bidang kepakaran dia & minta untuk apply ‘kemasukan university
secara online’ (online admission application).
9.
Ada setengah pensyarah mahu kita ditemuduga
terlebih dahulu, ini langkah yang baik. Try buat appointment dengan pensyarah tadi
& try cadangkan temuduga melalui perbualan ‘Skype’. Selepas temuduga, kalau
pensyarah berpuas hati, mereka juga akan minta kita apply kemasukan secara
online.
10.
Apply kemasukan online ini biasanya kita kena
isi borang dan kena bayar proses fee. (cth: ada yang USD25, ada yang USD90 dll–
bergantung pada university), so, kat sini kita kena betul2 pilih university dan
pensyarah yang mana yang betul2 kita mahu. Mungkin boleh pilih dan apply online
untuk 3 universiti?.
11.
Selain itu kita juga kena isi bahagian ‘referee’
untuk permohonan kita. (cth referee: pensyarah di Universiti di Malaysia yang boleh
rekemen yang terbaik untuk kita dari segi research / peribadi) – ini juga
membantu banyak dalam menentukan samada kita akan diterimamasuk atau tidak.
12.
Selepas itu, bahagian graduate school/staff di department
akan follow up dengan kita tentang application kita. Ikut sahaja arahan mereka
dari semasa ke semasa untuk mendapatkan surat tawaran dari university tersebut (unconditional offer letter).
13.
Untuk kuat dalam application ini, kalau boleh
ambil peperiksaan bahasa inggeris yang diperlukan (TOEFL/IELTS) lebih awal. Kalau
USA, mereka perlukan markah peperiksaan GRE. Ambil peperiksaan ini kalau boleh sebelum
menghantar emel kepada pensyarah (step no: 6) atau sebelum apply secara online
(step no 11). Kalau tak, boleh jugak ambil periksa selepas kita apply secara online –bergantung
pada university/pensyarah.
14.
Untuk step 10, dalam memilih university untuk
membuat permohonan online, pada pendapat saya, lagi baik kita pilih pensyarah
yang boleh mambantu kita dalam research kita nanti. Kita boleh kenalpasti dari
cara mereka menulis emel / bercakap dengan kita semasa temuduga.
15.
Kita boleh juga mendapatkan surat tawaran
bersyarat (conditional offer letter) semasa di step 8/9. Dikeluarkan samada
oleh pensyarah atau jabatan (bukan graduate school). Surat bersyarat ini
biasanya boleh digunakan untuk apply biasiswa MARA atau KPT (untuk peringkat awal permohonan).